Pengajian asas tajwid al-quran DI PEJABAT-PEJABAT
1.Menggunakan Pendekatan Iqra’ yang diadun dengan pengajian Al-Quran tradisional Melayu yang berasaskan sistem Baghdadi yang telah diguna pakai secara turun temurun
2.Latihtubi dan peluang membaca untuk semua peserta di dalam kelas yang terhad bilangan pelajarnya
3.Belajar Tajwid Yang Mudah Dahulu ; mengutamakan kelancaran bacaan secara bertajwid melalui sistem talaqi
4.Belajar Membaca & Menghafaz Muqaddam / Surah-surah lazim sebagai koleksi surah-surah pilihan dalam solat untuk memantapkan IBADAH
5.Kenali Hukum Tajwid melalui bimbingan guru dan nota ringkas yang tidak membebankan berpandukan Mashaf Resam Uthmani
6.Ujian dan Peperiksaan disediakan untuk mengikuti perkembangan semasa pelajar disamping menghargai penat lelah belajar dan sebagai tanda ingatan pelajar akan dianugerahkan SIJIL TAMAT KURSUS
7.Yuran Pengajian Yang Murah tetapi pulangan yang MEWAH , tidak perlu berbelanja besar untuk menghadiri kelas pengajian di luar dapat menJIMATkan masa
Sukatan Pelajaran Peringkat Asas Tajwid (Teori)
Mengenal Huruf-huruf Al-Quran
Mengenal Baris-baris dan Tanda
Mengenal Bacaan Panjang & Pendek
Mengenal Bacaan Izhar dan Dengung
Mengenal Huruf-huruf Ziadah dan tandanya
Mengetahui Kaedah Bacaan Huruf Pembukaan Surah
Hukum Nun Sakinah dan Tanwin
Hukum Mim Sakinah
Hukum Alif Lam Ma’rifah
Asas Hukum Mad
Bacaan Tebal dan Nipis
Hukum-hukum Khas
SUKATAN KELANCARAN BACAAN (Praktikal)
Set Buku Iqra’
Helaian Nota yang diberikan
Surah Al-Fatihah
Surah-surah Pendek / Lazim
Surah Al-Baqarah
Surah Yaa Sin
SUKATAN HAFAZAN
Surah Al-Fatihah
Surah-surah Lazim Pilihan
Ayat-ayat Pilihan
KEMAHIRAN
Peserta akan dibimbing di dalam kelas dan diberi peluang untuk membaca (talaqi) di hadapan guru secara individu untuk mendapatkan bentuk bacaan yang menepati lahjah Arab.
Semua teori tajwid yang diperkenalkan akan dipraktikan di dalam bacaan dan hafalan
Peserta akan dilatih bagaimana mengenali hukum-hukum tajwid di dalam Mashaf Uthmani
WAKTU PENGAJIAN (PILIHAN)
Isnin/Selasa/Rabu/Khamis :
Jam 1.00 – 2.00 pm ( 1jam )
Jumaat : Jam 12.30-2.00 ptg (1jam 30min)
KELAYAKAN MENGIKUTI PENGAJIAN
Semua kakitangan Islam di Pejabat-pejabat Kerajaan, Badan Berkanun Syarikat Swasta dan Persendirian LAYAK mengikuti pengajian ini. QTC mencadangkan 10-15 orang pelajar untuk satu kelas
GURU-GURU PEMBIMBING
Pelajar akan dibimbing oleh guru-guru yang dedikasi , mendapat latihan mengajar di QTC dan memiliki tauliah dari Jabatan Agama Islam WP atau setarafnya
LATIHAN, UJIAN DAN PEPERIKSAAN
1. Latihan Lisan dan Bertulis akan diberikan kepada semua peserta dari semasa ke semasa
2. Peperiksaan Lisan dan Bertulis diwajibkan ke atas semua peserta apabila tamat 4 semester (2 tahun) ATAU tamat sukatan yang ditetapkan
3. Semua peserta yang menduduki peperiksaan akan dianugerahkan sijil penyertaan yang disertakan bersama keputusan peperiksaan
4. Peserta akan mengikuti pengajian tajwid lanjutan setelah tamat sukatan peringkat asas
CUTI
1. Cuti yang disebabkan oleh pihak QTC akan diganti
2. Cuti atas permintaan pelajar dan yang berbetulan dengan cuti umum negara / WP Kuala Lumpur akan dibincangkan samada diganti atau sebaliknya
PELABURAN
Pendaftaran bagi setiap pelajar ialah RM50.00 seorang ( sekali sahaja )
Buku-buku berkaitan hendaklah dibeli sebagai rujukan jika perlu
Yuran Pengajian Bulanan kelas 1jam seminggu RM 400, 1jam 30 min seminggu (Hari Jumaat untuk muslimah sahaja )RM 500.00
HARAPAN & DOA
Pusat Latihan Qurra’ berharap dan mendoakan semoga pengajian yang disediakan ini berjaya mencapai matlamatnya dan usaha-usaha kita mendalami ilmu Al-Quran diredhai Allah SWT
PENUTUP
Pusat Latihan Qurra’ sedia mengadakan sebarang perbincangan untuk memastikan pengajian dapat diadakan dengan sebaik mungkin
E-mel : qtc995@yahoo.com atau qurra0@streamyx.com Hp : 019-219 6778
Atau TEMUI KAMI di
Lot 19-3 Jalan AU 1A/4B, Pusat Perniagaan Keramat Permai 54200 Kuala Lumpur.
Tel : 03-4252 4945
Wednesday, March 31, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment