Wednesday, March 31, 2010

Kelas Al-Quran

Pengajian asas tajwid al-quran DI PEJABAT-PEJABAT

1.Menggunakan Pendekatan Iqra’ yang diadun dengan pengajian Al-Quran tradisional Melayu yang berasaskan sistem Baghdadi yang telah diguna pakai secara turun temurun
2.Latihtubi dan peluang membaca untuk semua peserta di dalam kelas yang terhad bilangan pelajarnya
3.Belajar Tajwid Yang Mudah Dahulu ; mengutamakan kelancaran bacaan secara bertajwid melalui sistem talaqi
4.Belajar Membaca & Menghafaz Muqaddam / Surah-surah lazim sebagai koleksi surah-surah pilihan dalam solat untuk memantapkan IBADAH
5.Kenali Hukum Tajwid melalui bimbingan guru dan nota ringkas yang tidak membebankan berpandukan Mashaf Resam Uthmani
6.Ujian dan Peperiksaan disediakan untuk mengikuti perkembangan semasa pelajar disamping menghargai penat lelah belajar dan sebagai tanda ingatan pelajar akan dianugerahkan SIJIL TAMAT KURSUS
7.Yuran Pengajian Yang Murah tetapi pulangan yang MEWAH , tidak perlu berbelanja besar untuk menghadiri kelas pengajian di luar dapat menJIMATkan masa
Sukatan Pelajaran Peringkat Asas Tajwid (Teori)

Mengenal Huruf-huruf Al-Quran
Mengenal Baris-baris dan Tanda
Mengenal Bacaan Panjang & Pendek
Mengenal Bacaan Izhar dan Dengung
Mengenal Huruf-huruf Ziadah dan tandanya
Mengetahui Kaedah Bacaan Huruf Pembukaan Surah
Hukum Nun Sakinah dan Tanwin
Hukum Mim Sakinah
Hukum Alif Lam Ma’rifah
Asas Hukum Mad
Bacaan Tebal dan Nipis
Hukum-hukum Khas

SUKATAN KELANCARAN BACAAN (Praktikal)
Set Buku Iqra’
Helaian Nota yang diberikan
Surah Al-Fatihah
Surah-surah Pendek / Lazim
Surah Al-Baqarah
Surah Yaa Sin

SUKATAN HAFAZAN
Surah Al-Fatihah
Surah-surah Lazim Pilihan
Ayat-ayat Pilihan

KEMAHIRAN
Peserta akan dibimbing di dalam kelas dan diberi peluang untuk membaca (talaqi) di hadapan guru secara individu untuk mendapatkan bentuk bacaan yang menepati lahjah Arab.
Semua teori tajwid yang diperkenalkan akan dipraktikan di dalam bacaan dan hafalan
Peserta akan dilatih bagaimana mengenali hukum-hukum tajwid di dalam Mashaf Uthmani

WAKTU PENGAJIAN (PILIHAN)
Isnin/Selasa/Rabu/Khamis :
Jam 1.00 – 2.00 pm ( 1jam )
Jumaat : Jam 12.30-2.00 ptg (1jam 30min)
KELAYAKAN MENGIKUTI PENGAJIAN
Semua kakitangan Islam di Pejabat-pejabat Kerajaan, Badan Berkanun Syarikat Swasta dan Persendirian LAYAK mengikuti pengajian ini. QTC mencadangkan 10-15 orang pelajar untuk satu kelas

GURU-GURU PEMBIMBING
Pelajar akan dibimbing oleh guru-guru yang dedikasi , mendapat latihan mengajar di QTC dan memiliki tauliah dari Jabatan Agama Islam WP atau setarafnya

LATIHAN, UJIAN DAN PEPERIKSAAN
1. Latihan Lisan dan Bertulis akan diberikan kepada semua peserta dari semasa ke semasa
2. Peperiksaan Lisan dan Bertulis diwajibkan ke atas semua peserta apabila tamat 4 semester (2 tahun) ATAU tamat sukatan yang ditetapkan
3. Semua peserta yang menduduki peperiksaan akan dianugerahkan sijil penyertaan yang disertakan bersama keputusan peperiksaan
4. Peserta akan mengikuti pengajian tajwid lanjutan setelah tamat sukatan peringkat asas
CUTI

1. Cuti yang disebabkan oleh pihak QTC akan diganti
2. Cuti atas permintaan pelajar dan yang berbetulan dengan cuti umum negara / WP Kuala Lumpur akan dibincangkan samada diganti atau sebaliknya

PELABURAN

Pendaftaran bagi setiap pelajar ialah RM50.00 seorang ( sekali sahaja )
Buku-buku berkaitan hendaklah dibeli sebagai rujukan jika perlu
Yuran Pengajian Bulanan kelas 1jam seminggu RM 400, 1jam 30 min seminggu (Hari Jumaat untuk muslimah sahaja )RM 500.00

HARAPAN & DOA

Pusat Latihan Qurra’ berharap dan mendoakan semoga pengajian yang disediakan ini berjaya mencapai matlamatnya dan usaha-usaha kita mendalami ilmu Al-Quran diredhai Allah SWT

PENUTUP

Pusat Latihan Qurra’ sedia mengadakan sebarang perbincangan untuk memastikan pengajian dapat diadakan dengan sebaik mungkin
E-mel : qtc995@yahoo.com atau qurra0@streamyx.com Hp : 019-219 6778

Atau TEMUI KAMI di

Lot 19-3 Jalan AU 1A/4B, Pusat Perniagaan Keramat Permai 54200 Kuala Lumpur.
Tel : 03-4252 4945

PENGENALAN 995

Qurra’ Training Centre

Pengenalan

Ditubuhkan dan mula beroperasi sejak 5.September.1995. Giat menjalankan Kursus Asas, Lanjutan, Motivasi dan Bengjkel-bengkel berkaitan Al-Quran. Kerap dipilih sebagai konsultan beberapa jabatan seperti Institut Tadbiran Awam Negara dan lain-lain.


Misi dan Visi

QTC berhasrat mencapai matlamat berikut ;

1. Membantu pihak berwajib menyebarkan ilmu Al-Quran terutama kepada mereka yang tidak / kurang mendapat peluang menambah pengetahuan agama disebabkan kesuntukan masa atau kurang berkemampuan dari sudut kewangan
2. Membantu masyarakat dari segenap lapisan umur mendapat pendidikan agama Islam yang betul melalui proses pendidikan yang mudah melalui asas membaca Al-Quran
3. Memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan ilmu agama melalui pengajian bersiri, kursus, motivasi dan seminar
4. Membina generasi Pintar Al-Quran melalui pembacaan dan pengenalan kepada bahan-bahan teknologi maklumat terkini